Assalamualaikum w.b.t.....
Blog sudah ber'sawang' dan ber'habuk' kerana sudah lama tak diupdatekan.. Terlalu pantas masa berlalu.. seakan2 baru sahaja meninggalkan bumi barakah Darul Quran.. Tanpa disedari, diri ini sudah menjejak kaki ke bumi UIA Kuantan, sudah berada di tahun kedua pengajian dalam bidang Radiografi dan Pengimejan Diagnostik (baca: juru x-ray).
Hmm.. Sudah seminggu sem kedua bermula... kena muhasabah balik, adakah diri ni bertambah baik, dari segi perangainya, ibadahnya, ilmunya... baru ni terkesan dari ceramah ust Riduan Mohd Nor, apabila beliau bertanya soalan2 tentang sirah dan sejarah gerakan, Subhanallah, hina rasanya.... Jadi bermula skrg, akan ku jadikan buku sbg teman...
Jadi untuk first entry ni... jom kita melihat kembali sirah tentang peperangan Khandaq (bm:parit) atau juga dikenali dengan peperangan Ahzab.
Terlalu banyak pengajaran yang kita boleh ambil.. kita boleh lihat betapa hebatnya ujian yg dihadapi oleh Rasulullah SAW bersama para Sahabat RA menghadapi tentangan dari pasukan al-ahzab.. bagaimana kaum yahudi mengingkari perjanjian, sikap orang munafik yang cuba menakutkan dan melemahkan semangat umat Islam ketika itu, dengan bala tentera musuh seramai 10,000 orang yg perlu dihadapi dgn kekuatan tentera cuma 3000 orang...
Namun, umat Islam tetap teguh mempertahankan negara mereka. Sy tertarik dgn kisah 2 orang sahabat yg dipanggil oleh Rasulullah SAW untuk meminta pandangan tentang perundingan dengan kabilah arab Ghatfan.
Perundingan supaya kabilah tersebut menarik diri dari pakatan al-Ahzab dgn tawaran utk diberikan 1/3 drp pendapatan hasil mahsul ( hasil ladang kurma Madinah) kepada mereka. Lalu kedua2 sahabat ini, iaitu dua tokoh besar Madinah, Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah bertanya kpd baginda, adakah ia merupakan wahyu Allah SWT ataupun cuma pandangan peribadi baginda SAW. Lalu baginda menyatakan bahawa ia cuma pandangan baginda SAW untuk mengurangkan kekuatan tentera musuh.
Bagaimanapun, kedua-dua sahabat ini mempunyai pandangan berbeza. Dengan spontan mereka membalas, "Demi Allah, Kami tidak akan menyumbatkan hasil buah-buahan kami ke dalam mulut mereka. Sebaliknya, kami akan menghunus senjata kepada mereka, sehingga Allah SWT menentukan takdirNYA samada kita menang ataupun tewas"
jawapan mereka sedemikian adalah kerana kaum muslimin tidak pernah menganggu orang Arab Ghatfan atau lain2 kabilah musyrikin. Mereka datang untuk memerangi Islam. Sebagai musuh2 Islam, mereka datang menunjukkan kekuatan. Sbg balasan, kaum Muslimin sedia membeli apa yang mereka tawarkan, iaitu Peperangan.
Moral of the Sirah
Kita sebagai Muslim mesti berani menghadapi segala cabaran dan ancaman musuh. Kekuatan akidah amat penting dalam membentuk peribadi seorang Muslim. Selain itu, adab antara pemimpin dan ahli sesebuah organisasi perlu diterapkan dalam kehidupan kita. lihat bagaimana adab para sahabat RA dlm mengluarkan pendapat, dan Rasulullah yg membuka ruang untuk sahabatnya memberi pandangan. Kita sebagai seorang Muslim mesti mempunyai pendirian yg teguh, prinsip dan matlamat hidup yang jelas agar kehidupan kita tidak lari dari landasan yang sebenar...
Banyak lagi yg kita boleh ambil iktibar dalam peristiwa Ahzab... ttg strategi yg digunakan oleh Rasulullah SAW, dan byk lg kisah yg bermakna dan perlu kita hayati sbg panduan dan teladan kepada kita...
mgkin kta bole berkongsi di post2 yang akan datang.. Sekian.. Wassalam.
Sumber rujukan :
Muhammad S.A.W insan teladan sepanjang zaman oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Selasa, 21 Disember 2010
Selasa, 20 April 2010
Something to share and to learn....
Salam tinta.. Lama xberkunjung ke blog ni.. Sy ingin kongsikan sedikit video utk tatapan bersama
Footage from Filipino, Philippines "Dancing Inmates" from Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center (CPDRC), a maximum security prison, were treated to a visit by Michael Jacksons long-time choreographer Travis Payne and dancers Daniel Celebre and Dres Reid to learn performances from THIS IS IT.
Hayati dan Renungi.. Di mana "wihdatul Fikr dan wihdatul 'amal" kita?
Footage from Filipino, Philippines "Dancing Inmates" from Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center (CPDRC), a maximum security prison, were treated to a visit by Michael Jacksons long-time choreographer Travis Payne and dancers Daniel Celebre and Dres Reid to learn performances from THIS IS IT.
Hayati dan Renungi.. Di mana "wihdatul Fikr dan wihdatul 'amal" kita?
Jumaat, 22 Januari 2010
Subhanallah.. Alangkah indahnya hidayahMU
Jom kita hayati video klip yg indah ini..
mengenai seorg y revert to ISLAM
mengenai seorg y revert to ISLAM
Langgan:
Catatan (Atom)