Rabu, 9 September 2009

Bisikan Sirr

Ilham dr Tokku Hj Ibrahim Mohamad, Pulau Manis

Sirr 1

Allah amat menyayangimu. Wujudmu adalah bukti wujudNya.
Apakah maknanya Dia mewujudkanmu jika Dia membencimu. Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya. Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih-sayangNya, jika kamu memahami.

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu?)" (Adz-Dzaariyaat: 21)

Sirr 2

DariNya engkau datang dan kepadaNya akan kembali. Engkau tidak akan memahami bahasa cinta jika engkau berpaling dari WajahNYA

"...Mereka berkata: 'Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah:56)

(Petikan dari buku Bisikan Sirr)

Ayuh kita bermuhasabah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan membersihkan diri..

P/s: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku Bisikan Sirr oleh Tokku Pulau Manis, boleh berhubung dengan Ahmed Syahid 013-3253205

Khamis, 2 Julai 2009

Allah lebih menyayangimu...



Allah lebih menyayangimu Nabil..


Aku teringat hari pertama aku berkenalan dengan beliau. Hari pertama aku menjejak kaki ke Darul Quran. Beliau lah roomateku yg pertama, insan yg bernama Muhammad Nabil Marwan. Beliau seorang yg peramah dan kelakar. kali pertama aku mengenali konsep usrah, nabil seusrah denganku. hubungan usrah ini berkekalan sehingga ke UIA. Boleh dikatakan aku kerap bersamanya. kursus yg sama. Beliau sering berzikr, jaga ibadah, cintai ulama dan prog ilmu..


Sebak dadaku menerima khabar bahawa beliau akan ke daerah yg jauh. Di malam yg mulia, malam jumaat, hari yg mana Rasulullah menjanjikan beliau akan terlepas seksa kubur..




Al-Fatihah buatmu...

UHIBBUKA FILLAH YA AKHI WA USRATI











Jumaat, 13 Mac 2009

Singgah sat...

Salam tinta..
Lama sudah aku xtulis dlm blog ni....

Masa terlalu cepat berlalu... rasa seperti baru habis SPM.. rupanya dah habis matrikulasi, dlm fatrah menunggu keputusan final(Ya Allah, berilah aku kejayaan, Amin..) Diri ini tertanya2 bagaimana nk mengisi masa cuti ini.. Aku baru balik dari program sehari yg lepas, dah sampai kt rumah baru terasa letih.sakit segala badan. rasa nk demam plak. wan ku pula dimasukkan ke hospital kerana kanser ovari tahap keempat(Ya-Allah, berilah kesihatan kepada wan ku)..tggl la diri ini dgn mama n kakak kt rumah...

Pening2... aku belum pasti nk buat apa cuti 3 bulan nih.... mama ku syorkan jd ckgu ganti... tp xtaula. aku lebih cenderung untuk cari guru untuk mengaji.. rasa terlalu tipis ilmu ukhrawi di dada...

tanpa sedar, rupanya aku semakin tua, dah msk 20an.. semakin hampiri kematian dan kematian itu pasti... tarbiah ruhiyyah diriku masih belum settle.. aku perlu menyaiapkan diriku ke main campus. aku takut aku hanyut.. semoga Allah tetapkan kakiku dalam perjuangan menegakkan agamanya..

xde pape dh yg nk ditulis.. sekadar memanaskan blog yg beku...
Sekian...