14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa
06/12/2008 9:01am
KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba.
Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat.
Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa.
Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap.
Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.
- Utusan
Bismillah...
Bersama-samalah kita merenung sejenak perkara yang berlaku di sekitar kita... Ada yang menganggap ia sebagai bala, ada pula yang menganggap ia sebagai satu ujian dari-Nya.. Namun, seharusnya kita merenung kembali, bermuhasabah... dlm kita menjalani kehidupan seharian ini, pernahkah kita tefikir sejenak tentang Yaumul Qiyamah? Tidak sedarkah kita dengan petanda2 yang berlaku di hadapan mata kita?
Firman Allah yang bermaksud:
13.kemudian (ketahuilah bahawa) apabila ditiup sangkakala Dengan sekali tiup, -
14. dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya Dengan sekali hancur, -
15. maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, -
16. dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh),
17. sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal Segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat Yang mengawal itu.
18. pada hari itu, kamu semua dihadapkan (untuk hitungan amal); tidak ada sesuatu pun Yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu Yang tersembunyi.
19. maka sesiapa Yang diberikan menerima Kitab amalnya Dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa Yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!
20. "Sesungguhnya Aku telah mengetahui Dengan yakin, Bahawa Aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari Yang ditentukan)!"

(Surah Al-Qiyamah : 13-20)
Sama-samalah kita merenung, cukupkah bekalanku di akhirat kelak?
Beberapa ketika yang lepas, timbul isu pengkid, isu gay yang menjadi-jadi dan berbagai lagi kebobrokan yang berlaku di tanah air kita yang tercinta.. Kes pembunuhan menjadi isu 'wajib' dalam berita2 tempatan.. Zina, samun, ragut, menjadi perkara 'biasa' di kalangan masyarakat kita..
kita seolah-olah tidak terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling kita. kalau dahulu ,isu natrah, rakyat malaysia sanggup beramai2 turun untuk mempertahankan aqidah seorang wanita, sekarang apabila didedahkan oleh mufti ratusan ribu yang telah murtad, kita seolah2 tidak ambil peduli.. mana perginya sensitiviti kita sebagai "KHAIRUN UMMAH"?
BANGUNLAH wahai manusia!! bangunlah dari tidurmu..
Nabi SAW pernah bersabda, usia dunia ibarat seorang perempuan tua bertongkat tiga. itu 1400 tahun yang lepas... dimanakah kita?
Ya Allah, Ampunkanlah dosa2 kami ya Allah, kedua ibabapa kami, Seluruh muslimin dan muslimat..
Ya Allah, janganlah jadikan maksiat dan dosa yang kami lakukan sebagai penghalang dari kami mendapat hidayah MU...
Ya ALLAH, matikan kami dalam IMAN, cabutkan lah "al-wahn" dari hati kami.. tanamkanlah cintaMu dalam hati kami ya Allah.
Amiin.. Ya Rabul 'Alamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan