Selasa, 20 Januari 2009

Kebangkitan Islam..

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Laa Ilaha Illallah!!
ilahan Wahida..
Wa nahnu lahu muslimun...

Kedengaran bergema doa wehdah di dalam Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya selepas diumumkan keputusan pilihanraya kampus bg universiti malaya untuk tahun 2009. itulah doa kemenangan, itulah doa yang sentiasa bermain di lidah para gerakan Islam...
Jika di hari ini, doa ini bergema di Dewan Tunku Canselor, moga doa ini akan bergema di dewan parlimen suatu hari nanti...

Setelah berjam2 kami menunggu keputusan, akhirnya pada pukul 3.30 pagi pntu DTC dibuka. Para penyokong Pro-Mahasiswa mahupun Penggerak Mahasiswa telah mula berkumpul didepan DTC sejak mgrb lagi.. Pro-M telah melakukan solat hajat slps Isya mndoakan kemenangan..

Suasana begitu meriah pada malam itu.. kedua-dua pihak berbalas sorakan...
"HIDUP!HIDUP! MAHASISWA"
"STUDENT POWER!"
"HOPE AND CHANGE , YES WE CAN"
itulah antara sorakan2 yang dilaungkan... ia diselangi dengan nyanyian lagu Pro-M, lagu universiti Malaya dan Negaraku.. berbagai isu dibangkitkan.. wakil2 dr universiti lain seperti UIAM turut memberi ucapan.. isu rasuah, isu politik wang.. dan sbgnya..

bersama2 dengan pejuang2 gerakan ini sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada ku,
kemenangan mereka disambut dgn sujud syukur, aku dapat melihat air mata yang mengalir kerana kegembiraan, bagaimana ukuwwah yang dibina antara mereka, menghadapi pelbagai mehnah dlm menegakkan kebenaran.. mereka dituduh zionis,no calon ditukar tanpa notis, rumah mereka diserbu polis, kepala khinzir diletakkan di surau API, dan bermacam2 lagi.. jauh nk dibandingkan dgn kondisiku.. Allah masih blum mengujiku seperti itu...

aku teringat kata2 ust dzulkhairi, beliau sedikit pun tidak risau ketika para mahasiswa um telah diserbu polis, ini adalah kerana bonding yang mantap di kalangan mereka, shbtku menceritakan ketika para mahasiswa um mendapat berita bhwa mereka akn diserbu polis, mereka sedikit pon tidak gelisah, bahkan menjadi lebih bersemangat....

inilah para pendokong gerakan Islam.. Allahummaj'alna minhum.

golongan inilah yang bakal menjadi nadi dalam gerakan Islam.
inilah golongan yang dikatakan satu kaum yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka.
inilah golongan ANSARULLAH.
Inilah golongan yang akan menjadi 'engin' untuk kebangkitan Islam

kebangkitan Islam telah berlaku di mana2..

Teringat hadis tentang akhir zaman yang mana akan terjadi satu pertembungan besar antara kuasa Islam dan kuasa kuffar..

Sesungguhnya Qiamat itu benar, Hari perhitungan itu benar..
ya Allah, Jadikanlah aku dr kalangan orang yang memperjuangkan agama-MU.
Berilah kemenangan kepada Umat Islam....
Amin....

Solat Hajat untuk kemenangan Islam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah ya akhi.mantap sungguh ab ana.syabas!! teruskan juang!!